PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan

1. Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang dikemukakan oleh pertubuhan belia / badan sukan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh mesyuarat;
     
2. Meluluskan pendaftaran pertubuhan belia dalam masa tujuh (7) hari dengan syarat memenuhi garis panduan yang ditetapkan;
     
3. Meluluskan pendaftaran badan sukan dalam masa tujuh (7) hari dengan syarat memenuhi garis panduan yang ditetapkan;
     
4. Memastikan keputusan permohonan memasuki program Latihan Kemahiran diketahui lima (5) minggu selepas permohonan ditutup;
     
5. Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam masa empat belas (14) hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap;
     
6. Mengesahkan penerimaan aduan dalam masa satu(1) hari bekerja dan memberikan maklumbalas aduan dalam masa tiga (3) hari.