SRI PENTAS, 25 Ogos 2013 – Sebagai orang muda, saya cukup menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Mengimbau sejarah lampau merupakan salah satu cara saya menghayati kemerdekaan kata Yu Peng Kean, atlet Lawan Pedang Sukan Olimpik London 2012 semasa temubual berkaitan semangat Patriotik Belia di Segmen Apa Yang Hot di Radio Hotfm, pagi ini.
Tambah Syakilla Jefry Krishnan; Atlet Karate pula, walaupun pada 31 Ogos ini beliau mempunyai latihan yang dijadualkan namun, tidak mematahkan semangat beliau untuk menyertai Flashmob Merdeka anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dataran Merdeka nanti.
Flashmob Merdeka yang diselaraskan oleh KBS itu merupakan salah satu persembahan dalam Segmen Persembahan Kreatif sempena Sambutan Kemerdekaan ke 56 nanti.
Kedua-duamya bersetuju yang belia masakini perlu mengamati kemerdekaan agar mereka lebih cintakan negara. Sebagai atlit, semangat cintakan negara telah sebati dalam diri mereka lebih-lebih lagi apabila mereka mewakili negara semasa mana-mana kejohanan.
Yu yang juga meruoakan penuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) cukup bersemangat untuk turut serta dalam menyaksikan perbarisan sempena Sambutan Kemerdekaan ke 56 nanti bersama-teman-temannya.
Temubual tersebut diakhiri dengan ucapan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 56 kepada semua belia Malaysia dan kibarkan jalur gemilang anda.
No comments:
Post a Comment