Thursday, 26 September 2013

BINA LITAR ELAK REMPIT


BENTONG – Jabatan Belia dan Sukan Negeri merancang membina litar motorcross di setiap daerah bagi memberi peluang kepada generasi muda aktif menyertai sukan lasak itu.

Pengarahnya, Kamarulzaman Hasan Mansor berkata, litar motorcross dilengkapi pelbagai kemudahan dilihat dapat menjadi medan terbaik mengekang gejala rempit dalam kalangan remaja.

“Sukan ini perlu dijalankan secara terancang membabitkan aspek keselamatan, tempat dan sebagainya.

“Jika semuanya dipatuhi ia tidak akan memberi kesan negatif kepada remaja yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sirkit Motorcross Peringkat Zon Negeri Pahang 2013 di Felda Mempaga Dua, di sini.

Turut hadir, Pengurus Besar Wilayah Mempaga, Mohd Nasir Embong.

No comments: