Tuesday, 5 February 2013

Nazmi Akui Tak Buat Silap

Nazmi Faiz Mansor menegaskan dia tidak silap membuat keputusan pulang beraksi dalam liga tempatan sekalipun ter paksa menunggu sehingga April ini sebelum boleh turun memperagakan aksi sulung bersama Selangor PKNS.

Sebaliknya, pemain berusia 19 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana memberi dia peluang meneruskan kerjaya bersama kelab Liga Super itu.

“Mengenai keputusan FAM itu, saya tidak ada masalah dan berterima kasih kerana masih memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kerjaya bersama PKNS, April ini. Saya tidak kesal atau kecewa dengan keputusan itu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertama bersama PKNS di Kompleks Sukan PKNS, petang semalam.

Pagi semalam, permohonan Selangor PKNS untuk menggunakan khidmat Nazmi Faiz lebih awal dalam kancah Liga Super ber mula menentang FELDA United, 16 Februari ini ditolak FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata berdasarkan peraturan, bekas pemain skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) itu perlu memiliki Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) sebelum mengemukakan permohonan itu.



Menurut Azzuddin, selain Sijil ITC, peraturan FAM menetapkan mana-mana pasukan tidak boleh menurunkan pemain baru sehingga jendela perpindahan kedua dibuka dari 8 hingga 22 April ini.

Jadi, kami terpaksa menolak permohonan PKNS untuk mendaftar Nazmi Faiz secara serta-merta kerana pendaftaran siri pertama perpindahan pemain Liga Malaysia tamat 6 Disember lalu, katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil PKNS di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Azzuddin juga berkata, mengikut peraturan mana-mana pemain yang keluar dari kelab lain sama ada dalam negara atau luar negara perlu kembali ke kelab asal.

Walaupun terpaksa berehat kira-kira dua bulan daripada aksi kompetitif, Nazmi bagaimanapun masih optimis mampu untuk mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi hebat ketika mewakili Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee, sebelum ini.

Dengan apa yang saya belajar di Portugal, saya percaya saya mampu untuk mengekalkan kecergasan dan prestasi saya sepanjang tempoh dua bulan itu. Bagi saya, semua itu adalah bergantung kepada setiap individu sama ada mahu terus kekal dengan prestasi terbaik atau tidak, katanya.

Ditanya mengenai pelbagai spekulasi timbul di sebalik tindakannya menamatkan kontrak dengan SC Beira-Mar, Nazmi Faiz menegaskan dia tidak mampu untuk menutup mulut orang.

No comments: