Tuesday, 5 February 2013

Gilap Belia Berbakat Golf


Usaha mencungkil bakat remaja dalam sukan golf perlu ditingkatkan bagi membolehkan mereka menjadi pemain golf profesional yang mengharumkan nama negara pada masa depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk tujuan itu, organisasi berkaitan pembangunan sukan golf diminta terus konsisten menggilap bakat remaja melalui latihan teknik bermain dengan baik, selain memelihara disiplin.

Beliau berkata, pembangunan sukan golf di negara ini, terutama remaja harus dibantu melalui penajaan syarikat korporat yang bukan setakat menyediakan akademi khusus untuk mereka, malah memberikan sumbangan hadiah.

Kita harus melihat dengan lebih jauh pembangunan sukan golf di negara ini. Profesional muda harus menanam semangat dan cita-cita bukan setakat menjadi jaguh kampung, sebaliknya menempa nama di persada antarabangsa, katanya ketika berucap melancarkan buku tahunan Professional Golf of Malaysia (PGM) di Kelab Golf Kinrara, dekat sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi PGM yang juga Pengerusi I&P Group Sdn Bhd (I&P Group), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Jamaludin Osman. I&P Group adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Muhyiddin turut menyampaikan hadiah kepada Nicholas Fung yang memenangi Siri Jelajah PGM tahun lalu. Beliau menerima sumbangan RM5,000 sebulan daripada PGA bagi membantu menjadikannya pemain golf profesional.

No comments: