Sunday, 24 November 2013

PARLIMEN BELIA BUKTI KERAJAAN DENGAR SUARA ANAK MUDA


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh belia di negara ini untuk menyertai Parlimen Belia Malaysia (PBM).

Perdana Menteri berkata, penyediaan platform itu sebagai bukti bahawa kerajaan sentiasa menghargai pandangan dan suara generasi muda.

Kata beliau, menerusi platform tersebut, pendapat anak-anak muda dalam pelbagai aspek pembangunan negara dapat diketengahkan.

"Kerajaan sentiasa menghargai pandangan dan suara generasi muda.

"Saya percaya, platform yang disediakan dalam Parlimen Belia Malaysia bakal mengenengahkan pendapat anak-anak muda dalam pelbagai aspek pembangunan negara. Sertai Parlimen Belia hari ini," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Pelaksanaan PBM bertujuan melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa, sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

Persidangan pertama PBM dijangka diadakan April depan.

No comments: