Friday, 20 December 2013

RASIONALKAH PENGURANGAN SUBSIDI BAHAN BAKAR MENGIKUT PERSPEKTIF BELIA ?


PROGRAM Rasional Subsidi Kerajaan telah mengurangkan subsidi terhadap petrol Ron 95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuatkuasa tengah malam 3 september 2013 menjadikan harga petrol Ron 95 kepada RM 2.10 seliter dan diesel RM 2.00 seliter. Diikuti dengan pengumuman terhadap kenaikan harga jualan runcit petrol Ron 97 sebanyak 15 sen seliter kepada RM 2.85 sen seliter berbanding RM 2.70 seliter. Dua pengumuman ini dilihat sebagai keputusan yang kurang popular namun harus diteruskan oleh pihak Kerajaan atas faktor kedudukan kewangan negara.

Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah yang mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan telah meneruskan pemberian BR1M 3.0 dalam bajet 2014 dengan beberapa penambahbaikan pelaksanaan pem,berian yang akan mula disalurkan pada bulan Januari 2014.

Refleksi kepada senario ini, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah menjalankan satu kajian bagi mengenal pasti penerimaan dan implikasi kepada golongan belia ekoran daripada Program Rasionalisasi Subsidi Kerajaan ini. Hasil analisis awal dapatan kajian ke atas 1.6006 orang responden mendapati bahawa 92.4 peratus daripada jumlah keseluruhan responden menyatakan pengurangan subsidi bahan bakar ini telah menjejaskan perbelanjaan keluarga mereka.


Tambahan lagi, sejumlah 87.2 peratus menyatakan bahawa kedudukan kewangan mereka berada pada tahap tidak mencukupi kesan daripada pengurangan bahan bakar bersubsidi yang turut mengheret kenaikan harga barangan keperluan lain.

Walaupun begitu, belia Malaysia dilihat mempunyai daya penyesuaian dan ketahanan yang tinggi bagi menghadapi senario economic fragile ini. Belia Malaysia juga dilihat bijak memilih untuk berbelanja terhadap barang keperluan yang lebih utama dan penting berbanding barang barang yang dilihat kurang penting.

Jelaslah bahawa walaupun generasi belia menerima tekanan dalam kedudukan kewangan keluarga implikasi daripada pengurangan subsidi kerajaan terhadap bahan bakar, namun mereka tetap berusaha menyesuaikan diri dengan langkah langkah yang bijaksana. Belia kini sudah matang dan positif dalam membuat penilaian keputusan kerajaan dalam sesuatu perkara yang melibatkan pembangunan belia di Malaysia. Belia positif membawa imej yang bersih kepada negara Malaysia.

No comments: