KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah perlu segera bangkit menjelang kejohanan badminton Piala Thomas bulan depan selepas mereka tersingkir di pusingan pertama Siri Super Terbuka Singapura semalam.
Juara Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014 itu tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kim Sa Rang-Yoo Yeon Seong 17-21, 24-26 dan berkemungkinan mereka akan bertemu semula pada persaingan Piala Thomas memandangkan kedua-dua pasukan berada dalam kumpulan yang sama pada peringkat awal.
Menurut V Shem, mereka telah cuba sedaya upaya untuk memberi tentangan dalam perlawanan tersebut namun nasib tidak menyebelahi pada set kedua.
Juara Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014 itu tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kim Sa Rang-Yoo Yeon Seong 17-21, 24-26 dan berkemungkinan mereka akan bertemu semula pada persaingan Piala Thomas memandangkan kedua-dua pasukan berada dalam kumpulan yang sama pada peringkat awal.
Menurut V Shem, mereka telah cuba sedaya upaya untuk memberi tentangan dalam perlawanan tersebut namun nasib tidak menyebelahi pada set kedua.
Permainan yang dipamerkan sudah betul namun mereka sangat kuat, serta mempunyai tenaga lebih dari kami. Jadi kami memerlukan lebih banyak taktik selepas ini untuk menang kerana mereka beraksi menggunakan kekuatan, itulah sebabnya kami perlu fikir taktik lain untuk menumpaskan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Bagaimanapun, pasangan yang baharu digandingkan Tan Boon Heong-Ow Yaw Han menunjukkan peningkatan apabila berjaya mengheret pasangan China, Cai Yun-Kai Lu beraksi sehingga ke rubber set sebelum tewas 24-22, 19-21, 18-21.
Harapan dalam beregu lelaki sekarang diletak di bahu beregu utama negra, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang mudah menewaskan pasangan Indonesia, Wahyu Nayaka-Ade Yusuf 21-18, 21-14 dan hari ini mereka akan menentang beregu Thailand, Maneepong Jongjit-Nipitphon Puangpuapech.
Pemain perseorangan negara yang juga pilihan nombor satu kejohanan, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan untuk ke pusingan kedua apabila mencatat kemenangan ke atas pemain Hong Kong, Wei Nan 21-17, 21-15 dan akan berdepan pemain China, Yuekun Chen hari ini.
Turut mara ke pusingan kedua adalah pilihan keempat beregu campuran yang kembali digandingkan semula, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying apabila mereka mengetepikan pasangan Korea Selatan, Shin Baek Choel-Eom Hye Won 21-17, 21-19 untuk menempah pertemuan dengan Liu Cheng-Bao Yixin dari China.
Beregu wanita negara, Lee Yean Meng-Lim Yin Loo juga berjaya ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasangan Singapura, Tan Wei Han-Yuliana Dellis 21-12, 21-11 dan mereka akan berdepan tugas sukar bertemu pilihan pertama dari Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl.
Sementara itu, pemain perseorangan negara Tee Jing Yi terkandas selepas tewas kepada juara dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon 13-21, 13-21, begitu juga Yang Li Lian yang tidak mampu melakar kejutan ke atas pilihan kedua kejohanan Wang Yihan (China) apabila kalah 9-21, 15-21. - Sumber
No comments:
Post a Comment