SETELAH sesi pertama berjaya diadakan pada 1 Jun 2012, rakan indie bertuah kerana Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri, DATUK SHAHLAN ISMAIL sudi meraikan mereka dalam Dialog Indie 2 pada 18 Jun 2014. Dialog Indie 3 pula berlangsung di Akademi Kenegaraan pada 25 Jun lalu.
Pertemuan siri kedua itu dihadiri 28 aktivis indie yang mewakili sembilan komuniti anak muda dengan pelbagai latar belakang kegiatan.
Antara yang hadir dalam pertemuan dialog suai kenal selama lima jam itu ialah grup anti lumba haram WADACS, Dai Muslimah Muallaf, Laskar4Life, BundleKlik penjaja produk vintaj, Mynewshub, The Baskerz penyanyi jalanan, Creative Collective, Nasyeed.Com dan Nusa Centre.
Pertemuan siri kedua itu dihadiri 28 aktivis indie yang mewakili sembilan komuniti anak muda dengan pelbagai latar belakang kegiatan.
Antara yang hadir dalam pertemuan dialog suai kenal selama lima jam itu ialah grup anti lumba haram WADACS, Dai Muslimah Muallaf, Laskar4Life, BundleKlik penjaja produk vintaj, Mynewshub, The Baskerz penyanyi jalanan, Creative Collective, Nasyeed.Com dan Nusa Centre.
Mingguan: Apa komen Datuk setelah berdialog lebih lima jam dengan aktivis indie?
SHAHLAN: Sejujur-jujurnya saya sangat-sangat kagum dan teruja. Selalu saya dengar orang menyebut perkataan indie ini. Tertanya-tanya juga: Apa dan siapa indie ini? Jadi setelah lima jam berdialog; mendengar isi hati dan meneliti pembentangan aktiviti mereka secara terperinci - barulah faham: Indie ini merujuk pada indipendent; maknanya berdikari.
Mereka memilih imej indie kerana ingin bebas daripada kegiatan berkumpulan yang konvensional - yang bersifat rigid dengan format organisasi. Kebanyakan anak indie ini ialah manusia profesional pelbagai bidang menjadikannya karier yang aktif secara peribadi. Ada yang jadi penulis, sasterawan, blogger, penyanyi underground dan kemudian terlibat pula secara berkumpulan dalam kerja-kerja dakwah, misi kemanusiaan dan menangani gejala sosial.
Justeru, mereka tidak mahu terikat dengan format persatuan yang rigid. Rupa-rupanya, ini trend anak muda sekarang, mereka mahu terikat dengan misi melaksanakan aktiviti, dan bukan terbeban dengan orientasi pengurusan persatuan. Mereka inilah antara aktivis tulen yang pernah saya jumpa.
Datuk tak rasa ini pelik?
SHAHLAN: Masa berubah
orientasi generasi juga berubah. Ini kes nyata, mereka berpijak di bumi nyata bukan dipaksa-paksa. Bukan fenomena di negara kita, tetapi trend yang berlaku di seluruh dunia. Selain ribuan persatuan mahu terus kekal bergerak secara format persatuan, kita kena terima hakikat bahawa wujud puluhan ribu anak muda terutama di kawasan urban, yang mahukan ikatan aktiviti yang produktif tetapi kasual.
Jadi saya fikir, walaupun sedikit berbeza, untuk zaman ini di mana anak muda adakalanya letih dengan permintaan organisasi, jadi mereka berhak memilih untuk bergerak secara indie.
Mereka tetap aset negara, mereka adalah sebahagian daripada kita - malah pelbagai aktiviti yang dibuat terbukti sangat menyumbang kepada nilai kebaikan terhadap masyarakat. Mana lagi kita nak cari, grup anak muda yang sanggup pusing satu Malaysia, buka trek dan kemudian kumpul ratusan pelumba haram. Mereka turun ke jalan raya, pujuk joki (pelumba) untuk ikut program. Mereka jejak mekanik dan ketua kumpulan motosikal dan ajak bersama program berlumba di litar dan jangan buat kacau di jalan raya.
Mana lagi kita nak cari anak muda secara sukarela membantu gelandangan, mengharung sungai dan merempuh rimba untuk berdakwah?
Sebelum jumpa anak-anak muda ini, apa sangkaan Datuk terhadap grup ini yang enggan terbabit dengan parti, persatuan atau institusi yang establish?
SHAHLAN: Kita harus bersikap terbuka
masa berubah, dan anak muda juga berubah. Cara berfikir dan kaedah bertindak mereka juga berubah. Ini zaman mereka sebagai penggerak kegiatan di lapangan. Mereka bukan main-main. Mereka sudah sampai ke Rohingya untuk misi menghantar bekalan perubatan, mereka menjelajah pulau-pulau terpencil dan kawasan pedalaman yang orang tak sanggup pergi semata-mata untuk berdakwah.
Mereka mencipta lagu mengenai isi hati generasi mereka dan berada di segenap sudut di ibu kota bermain muzik. Mereka menulis dan ada blog walaupun sibuk bekerja sebagai kumpulan profesional dalam bidang masing-masing - ada kalangannya pengamal undang-undang, akauntan, guru, ahli perniagaan, artis tetapi mereka istiqamah menjalankan misi masing-masing.
Saya terkejut apabila melihat pembentangan daripada aktivis dai muslimah mualaf. Pergi sampai ke Rohingya semata-mata mahu menghantar bekalan ubat-ubatan. Nekad naik bot berhari-hari pusing pulau ke pulau untuk menyampaikan syiar Islam. Malah ada yang sanggup menyediakan makanan, minuman, pakaian, keperluan tandas untuk ratusan gelandangan sekitar ibu kota.
Mereka melakukan secara berkumpulan dan sukarela. Tiada elaun malah tidak menerima apa-apa bantuan dana daripada mana-mana pihak. Mereka kumpul derma sesama rakan-rakan dan secara istiqamah, setiap malam Jumaat, mereka mengedarkan antara 200 hingga 300 set makanan berserta tuala, sabun, berus dan ubat gigi.
Mereka melakukan dengan ikhtiar sendiri. Mereka tidak menanti untuk meraih simpati dan sokongan, dan baru nak berdakwah!
Datuk lihat sebelum ini apa gambaran orang atasan terhadap istilah indie ini?
SHAHLAN: Tak kenal maka tak cinta. Sebab itu penting ada budaya engagement ini. Kita kena bertemu, berdialog dan bersama mereka. Ertinya mesti memahami mereka, baru kita faham. Macam kumpulan lain juga, kita akrab sebab kita kenal. Orang mungkin anggap sebab ketrampilan mereka yang pelik sedikit, maka mereka bukan sebahagian daripada kita. Itu mencipta jurang namanya.
Kita kena ingat, sikap dan pemikiran mereka mewakili populasi besar dalam 12 juta belia kita. Kita tak boleh nafikan kehadiran mereka. Lagi pula, anak-anak indie ini aset kita. Sebab aktiviti mereka memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Apa langkah seterusnya selepas pertemuan ini?
SHAHLAN: Sekali saya duduk dengan mereka
saya sudah pasti. Jangan nak janji-janji, jangan nak beli mereka. Inilah manusia yang selama ini melaksanakan aktiviti tanpa mengharapkan bantuan. Mereka ada jenama sendiri. Mereka punya harga diri yang luar biasa.
Cuma saya jelaskan
kita tak ada masalah nak membantu
berkoloborasi. Ini bukan hal idealisme politik atau faham-faham kelompok. Kita berkongsi kemahuan yang sama - nak sediakan ruang untuk aktivis muda, yang menjalankan kegiatan yang ada manfaat untuk sama-sama membina negara. Mereka nampak jelas positif, malah kami sudah ada persefahaman untuk turut berkoloborasi dengan kepimpinan universiti bagi meluaskan lagi saiz pelaksanaan program-program ini. Bagi saya ini satu platform yang sesuai dan tepat untuk melatih siswa-siswa di kampus.
Koloborasi dengan kepimpinan mahasiswa?
SHAHLAN: Ya
saya nampak potensi kerjasama ini. Satu kita dekatkan, dua kita gabungkan aset-aset utama negara kita ini. Antara grup aktivis di lapangan dengan kepimpinan mahasiswa harus kita satukan kekuatan mereka supaya ada jalinan saling memahami antara bakal aktivis besar dengan bakal pemimpin. Kita kena pecahkan jurang ini, jika ada. Kalau tidak ada jurang, yakni antara mahasiswa dengan aktivis indie ini sudah ada gel kerjasamanya, maka kita perkukuhkan sahaja.
Kita mahu dalam semua keadaan, dalam semua perbezaan marilah kita lihat persamaan. Kita latih generasi muda hari ini untuk menghormati kebersamaan. Dalam apa juga keadaan, bagi hal yang ada kepentingan kepada negara, kita kena bersama-sama memikul tanggungjawab. Kena ada sikap saling bantu. Pada usia muda mungkin idealisme kita membuak-buak; kita nak jadi entiti lain daripada yang lain. Tetapi akhirnya kita kena lihat matlamat. Kalau sama-sama ada matlamat yang murni, apa salahnya kita bersama? Ini namanya kerjasama ke arah kebaikan.
Jadi tindakan terkehadapan macam mana? Saya akan bawa maklumat ini kepada pengetahuan Perdana Menteri. Kita perlu bagi sokongan. Ini anak muda aset negara. Kegiatan mencegah lumba haram, berziarah ke pedalaman, misi kemanusiaan, program gelandangan, mengimarah masjid, sokongan kepada penjaja kecil bagi pakej niaga yang unik, kita kena tolong untuk sama-sama menjayakan.
Malah saya merancang untuk bertemu lebih banyak komuniti indie yang ada. Saya dimaklumkan ada ratusan komuniti. Nama-nama grup yang berpengaruh seperti Rabak, Propaganda, Alumni Minggu Penulis Remaja, Indie 57 dan Baskerz, antara entiti yang ingin saya jumpa.Saya ada dengar tentang Wak Doyok - anak muda kelahiran Kelang yang diiktiraf pengeluar jenama kasut antarabangsa Dr. Martens. Hingga satu model kasut keluaran syarikat gergasi ini didedikasikan pada ikon fesyen Indie ini. Malah Wak Doyok ada hampir setengah juta pengikut di Instagramnya.
Tak adil hanya kerana mereka tidak establish dengan mana-mana institusi arus perdana, maka kita nak abaikan. Pada saya, kita kena cari mereka. Insya-Allah
kita akan dapat bekerjasama. Saya yakin dan percaya, setiap niat baik yang lahir dari hati mereka yang ikhlas akan sentiasa mendapat pertolongan dan petunjuk Allah jua. - SUMBER
No comments:
Post a Comment