Wednesday, 23 July 2014

NAJIB UCAP SELAMAT BERTANDING BUAT KONTIJEN MALAYSIA


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat bertanding kepada kontinjen negara ke Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.

Beliau juga berharap sasaran tujuh pingat emas pada temasya sukan yang akan bermula esok hingga 3 Ogos itu akan dapat dicapai.

"Selamat bertanding, semoga capai sasaran," katanya dalam tweet terbaharunya hari ini.

Sepanjang penyertaan Malaysia dalam temasya Sukan Komanwel, kontinjen negara meraih dua pingat emas di Victoria, Kanada pada 1994; 10 emas di Kuala Lumpur (1998), tujuh emas di Manchester, England (2002) dan Melbourne, Australia (2006) dan yang terbaik iaitu 12 emas, di New Delhi, India (2010). - BERNAMA

No comments: