PUTRAJAYA - Lapan pingat emas yang disasarkan pada Sukan Asia Incheon yang bermula minggu depan bukan satu langkah ke belakang, malah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan, ia adalah sasaran realistik.
Selepas gagal memenuhi sasaran enam emas pada Sukan Komanwel bulan lalu, Sukan Asia dilihat sebagai medan terbaik buat atlet negara untuk menebus kegagalan di Glasgow.
Namun, lapan emas yang disasarkan kali ini lebih rendah berbanding pencapaian sembilan emas yang dicatat pada temasya terakhir di Guangzhou, empat tahun lalu.
"Kita tidak boleh senang-senang letak sasaran sesuka hati berdasarkan prestasi lalu.
"Saya pun tahu akan ada pandangan bahawa angka ini kurang daripada empat tahun lalu, namun kita kena pergi (beraksi di Incheon) dengan apa (atlet, fakta dan statistik) yang kita ada pada hari ini," kata Khairy pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia, Datuk Danyal Balagopal Abdullah di sini, semalam.
Khairy juga enggan mendedahkan daripada sukan manakah semua emas tersebut diburu, begitupun berdasarkan prestasi semasa, skuasy, boling, berbasikal, wusyu, pelayaran dan karate antara yang mempunyai potensi untuk menghadiahkan emas sepanjang temasya 19 September hingga 4 Oktober itu.
"Kita hanya beritahu persatuan sukan kebangsaan berkenaan mengenai sasaran dalaman bagi sukan itu.
"Kalau diumum (dalam sidang akhbar), nanti ada perbandingan, oh kamu (atlet atau sukan berkenaan) tiada sasaran, jadi tiada harapan, tidak bagus bagi semangat sepasukan.
"Ada juga sesetengah sukan yang persatuan itu sendiri tidak sasar emas tetapi kita bertegas juga bahawa atlet mereka boleh dapat emas. Ada penilaian mereka yang lebih konservatif," katanya lagi.
Sementara itu, Danyal percaya, lapan emas yang disasar adalah jumlah yang mampu dicapai.
"Kita buat sasaran lapan emas ini setelah berbincang dengan semua yang arif dalam sukan seperti MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara), MOM (Majlis Olimpik Malaysia) dan menteri.
"Sasaran ini kurang satu daripada di Guangzhou 2010, namun kita tidak mahu apa yang berlaku di Sukan Komanwel Glasgow berulang.
"Kita kena tengok sukan subjektif. Walaupun ada atlet terbaik, mereka mungkin tersingkir kalau menentang atlet tertentu pada suku akhir.
"Ada juga kemungkinan sukan tertentu cemerlang. Di sebalik disasarkan satu (emas), mungkin akhirnya dapat dua," kata Danyal yang juga Naib Presiden MOM. Turut hadir Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong.
Di Guangzhou 2010, Malaysia meraih sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa untuk menduduki tempat ke-10 daripada 45 negara bertanding - pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaannya pada temasya empat tahun sekali itu.
Malaysia akan mengambil bahagian dalam 25 jenis sukan di Incheon melibatkan 280 atlet.
Dalam perkembangan lain, Khairy mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak remaja negara, Harimau Muda D bimbingan S. Balachandran yang mara ke suku akhir Kejohanan Bawah 16 Tahun Asia, sekali gus cuma selangkah lagi untuk ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Chile, tahun depan.
"Satu prestasi yang baik. Kita bangga dengan pencapaian ini, pasukan ini ada potensi tinggi dan berharap prestasi itu dikekalkan. Kalau kita layak ke Piala Dunia, kita seperti mendahului jadual (berjaya lebih cepat) dan diharap catat kejayaan selepas ini juga.
"Kalau pun mungkin tidak layak (selepas menentang Australia dalam suku akhir, Ahad ini), saya berharap FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) jagalah pasukan ini dengan baik sebab di Malaysia, ada fenomena pasukan kita sering memuncak terlalu awal.
"Kita boleh menang peringkat remaja dunia, ada juara remaja dunia tetapi apabila ke senior, tidak teruskan prestasi itu. Bola sepak pun sama, kategori peringkat umur kita bagus apabila sampai dewasa, jadi makin mundur," kata Khairy. - SUMBER

No comments:
Post a Comment