KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan atlet dan kontinjen negara ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada pertengahan bulan ini supaya tidak berada dalam keadaan terlalu selesa kerana tekanan semakin meningkat berikutan prestasi buruk di Sukan Komanwel.
Beliau yang mengakui tidurnya kurang lena akibat tekanan itu berkata, acara sukan yang disasarkan pingat diharapkan dapat mencapainya kerana persiapan untuk menghadapi kejohanan berkenaan telah bermula empat tahun lepas.
"Tidur saya kurang lena sedikit sebab tekanan terhadap kontinjen negara semakin meningkat terutama selepas prestasi kita di Sukan Komanwel, jadi saya harap atlet dan kontinjen kita tidak berada dalam keadaan terlalu selesa. Saya tidak hendak meletakkan tekanan terlalu tinggi tetapi saya berharap sukan yang kita sasarkan dapat pingat akan mencapai sasaran.
"Ini kerana persiapan kita bukan hanya selama setahun tetapi program ini telah bermula empat tahun lepas. Ini adalah kemuncak kepada persiapan program pembangunan atlet elit sukan kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 kepada 362 kakitangan Kementerian Belia dan Sukan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini semalam.
Kontinjen Sukan Komanwel negara dikritik hebat selepas sekadar pulang bersama enam emas, tujuh perak dan enam gangsa yang mana kutipan pingat tersebut adalah separuh daripada diraih di temasya New Delhi, empat tahun lalu.
Sasaran Sukan Asia hanya akan diumum esok, namun selepas kegagalan di Glasgow, ramai yang meragui keupayaan Malaysia untuk mengulangi pencapaian sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa yang dicatat di Guangzhou 2010.
Menurut Khairy, beliau telah berjumpa dengan persatuan-persatuan sukan yang akan mewakili negara dalam Sukan Asia bagi mengingatkan mereka tentang kepentingan temasya berkenaan selepas empat tahun melakukan persiapan.
"Saya memaklumkan kepada mereka persiapan selama empat tahun ini sudah sampai ke kemuncaknya dan kita berharap segala persiapan itu dapat diterjemahkan dengan kejayaan atlet," katanya. - SUMBER

No comments:
Post a Comment