Thursday, 23 May 2013
Khairy Jamaluddin Rasmikan Pusat Media Festival Putrajaya
PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini merasmikan Pusat Media sempena Festival Belia Putrajaya 2013 yang akan bermula esok hingga Ahad ini.
Pusat Media itu yang terletak di tingkat bawah bangunan Kementerian Belia dan Sukan itu mampu memuatkan seramai 50 petugas dalam satu-satu masa.
Menurut Ketua Operasi Bilik Media, Razali Mohmed Yassin, pusat tersebut akan dibuka dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang berlangsungnya festival berkenaan.
"Pusat ini diwujudkan bagi memudahkan petugas media menyiapkan tugasan dan mendapatkan maklumat sepanjang festival ini berlangsung.
"Di sini, kita menyediakan pelbagai kemudahan kepada wakil-wakil media, termasuk ruang sidang akhbar, 20 komputer berinternet, WiFi, telefon dan mesin faks serta maklumat berkaitan festival ini," katanya ketika ditemui di sini.
Terdahulu, beliau bersama Khairy melawat dan sekali gus merasmikan Pusat Media tersebut.
Razali berkata, pusat itu juga akan menyediakan maklumat lengkap berkaitan setiap acara sempena festival itu serta menjadi lokasi sidang akhbar menteri dan pegawai kanan kementerian.
"Selain itu, para petugas media yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi talian 04-5302440 dan 04-5301835 atau faks 03-88810872," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment