Saturday, 25 May 2013
Perarakan Festival Belia Mengagumkan #FBP13
Sudah pasti menyaksikan perarakan sempena perasmian festival merupakan satu pengalaman yang menakjubkan buat pengunjung Festival Belia Putrajaya 2013 apabila buat julung kalinya dipertontonkan sejak festival belia ini dianjurkan pada tahun 2010.
Perarakan ini telah disertai oleh 20 buah kontinjen dari seluruh negara dan terbahagi kepada dua kumpulan..Kumpulan pertama terdiri daripada peserta Pavillion Negeri, Kumpulan dari Pink Village, Persatuan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada kumpulan motosikal berkuasa tinggi, scrambler, kereta-kereta klasik, 4x4, vintaj dan amfibia serta beca berhias.
Perarakan yang bermula dari bangunan Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan berakhir di hadapan bangunan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini telah berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung yang hadir ke Festival tersebut. Apabila ditanya, hampir kesemuanya memberikan komen yang positif dan teruja dengan persembahan dari perarakan tersebut.
Perarakan sempena Festival Belia Putrajaya 2013 dimulakan dengan persembahan oleh pancaragam Angkatan Tentera Diraja Malaysia sebelum perarakan pejalan kaki dimulakan dengan pasukan Pengakap Malaysia diikuti ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. - EP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment